Friday, January 15, 2010

TAWARAN TERBUKA KEPADA AGEN ONLINE!

Sekilas pandang...

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber.(info lanjut boleh lawati http://ms.wikipedia.org/wiki/Perakaunan)

Secara asasnya mengemaskini perakaunan adalah satu aspek penting bagi sesebuah entiti perniagaan yang merancang untuk jangka masa panjang bagi perniagaan mereka.
Sumbangan pemilik perniagaan dalam mengemaskini perakaunan terlalu besar kerana:

1-Syarat asas dalam proses memohon pinjaman dengan bank-bank konvensional yang mana kebiasaannya perakaunan (penyata kewangan)

2-Membantu pengamal perakaunan (akautan) membuat keputusan tentang prestasi kewangan semasa bagi sesebuah entiti perniagaan bagi tujuan mengembangkan perniagaan pelanggan mereka.

3-Memandu pemilik entiti perniagaan samada (enterprise atau sdn bhd) merancang perbelanjaan dan mengawal aliran tunai (cashflows) serta mengawal kos overhed agar tidak berlebihan(over budget)

4-Memandu pemilik entiti perniagaan dalam meluaskan pemasaran dan mencari peluang-peluang baru dalam meningkatkan keuntungan syarikat.

5-Merancang dan membantu pembayar cukai (tax payor) membuat data perbelanjaan secara terkawal agar tidak di ambil tindakan oleh Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

6-Memohon sebarang tender.


Modul khas agen-Sila fahami dengan teliti rencana di bawah bagi memudahkan pemahaman anda.

Ruangan ini di buat HANYA kepada mereka yang ingin menjadi agen pemasaran baru yang berdaftar di bawah H H ISMAIL sahaja. Pihak H H ISMAIL tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan bagi mereka yang tidak berdaftar dengan kami.

Sasaran pemasaran agen HANYA tertumpu kepada pemilik entiti perniagaan yang di daftarkan di bawah enterprise dan sdn bhd SAHAJA. Sekiranya ada kemusykilan sila berhubung dengan kami seberapa segera.

Produk perkhidmatan pemasaran untuk sasaran agen mencari prospek HANYA tertumpu kepada:

1-Mengemaskini penyata kewangan(istilah mudah=>buat akaun).
2-Hal ehwal percukaian.

Sebelum kami menerangkan produk perkhidmatan dengan lebih lanjut, sila fahami petikan dilema di bawah. Secara asas, dilema pemilik entiti perniagaan mengalami beberapa masalah di dalam memahami kepentingan perakaunan.

DILEMA PERTAMA
Kebiasaannya pemilik entiti perniagaan hanya tahu menjalankan perniagaan dari pagi hingga ke malam tanpa mengetahui sebarang catatan keuntungan harian dengan betul (hanya mencatit duit keluar dan masuk sahaja).

Dengan menanam pemikiran `janji ada duit untuk diri sendiri` tanpa sebarang perancangan sebenarnya merencatkan perkembangan entiti pemilik berkenaan.

Sebagai contoh, Abu menjalankan perniagaan menjual roti canai berdekatan dengan rumah nya. Tapak perniagaan Abu hanya seluas 10`x8` sahaja di tepi jalan menghala ke rumah nya. Pendapatan harian hasil jualan Abu mampu untuk menyara diri dan keluarganya.

Pada suatu hari, seorang pegawai SME Bank yang merupakan pengunjung pertama ke gerai Abu bertanyakan tentang masa depan perniagaan nya ini. Ikuti dialog ringkas di bawah..

Pegawai: "dah lama meniaga ke bang?"

Abu:"adalah dekat 10 tahun...ko keja mana?"

Pegawai:"saya keja di Agro Bank..di bahagian Pinjaman Mikro..erm bisnes abg ni mesti masyuk kan?
               takkan abg taknak besarkan lagi gerai ni?

Abu:"teringin jugak..erm kamu keja bank ni, ada ke bantuan pinjaman untuk abg?"

Pegawai:"eh, dah tentu la ada bang, lebih lebih lagi pinjaman untuk kedai makan macam abg ni..kalo abg nak apply saya leh uruskan..abg ada register kat SSM tak?"

Abu:"ada, jap.....(sambil menunjukkan sijil pendaftaran perniagaan)...ni ha..."                              

Pegawai:"wow, skang 2010,..abg daftar perniagaan sejak tahun 2001...erm...                                            boleh je ni bang...jap ye saya amikkan borang...(sambil membelek begnya)...nasib ada saya bawak lebih sebab borang ni untuk kawan saya sebenarnya..tapi tak pa..abg leh tengok-tengok dulu borang ni"

Abu:"(sambil membaca isi borang tersebut, Abu terpandang di bahagian syarat                                          permohonan)...erm..dalam borang bank mintak penyata kewangan selama 3 tahun...penyata kewangan tu apa?"

Pegawai:"eh abg xda buat akaun ke untuk gerai abg ni?"

Abu:"adala sikit...just catat duit keluar dan masuk je dalam buku log abg...jap saya                            ambilkan..(sambil menarik laci stall gerai nya)...nah ini dia....ini jualan hari semalam.."

Pegawai:"aduhai bang...ini catatan ringkas aliran tunai harian sahaja. Ini tak boleh di jadikan sebagai
penyata kewangan yang betul"

Abu:"owh yeke..dah tu penyata kewangan yang betulnya macamana?"

Pegawai:"penyata kewangan yang betul di sediakan hanya oleh individu yang layak sahaja bang..biasanya akauntan yang buat keja ni...sebab normally diorang je yang mahir dalam urusan ni"
                                      
Abu:"owh yeke...boleh rekemen tak siapa akautan yang kamu kenal?"
                              
Pegawai:"boleh jek...(sambil membelek telefon bimbit)...nah ni nombor agen akauntan                             yang saya kenal...ni rakan yang saya kenal di internet..dia agen akauntan"
                                      
Abu:"(sambil menyalin nombor telefon agen)..apa nama kampeni agen ni?"

Pegawai:"nama kampeni agen ni H H ISMAIL"

Abu:"owh...saya pernah dengar jugak nama kampeni ni..pejabat nya di area Chow kit ye?"

Pegawai:"yep...betul...lebih tepat di area Komplek Damai, Jalan Ipoh"
                                      
Abu:"kalo gitu tak pa...nanti saya call agen ni..."

Pegawai:"ok bang...dah setel nanti gtau saya ya.."

Abu:"orait...tq lah...erm...roti canai yang kamu pesan tu saya belanja je..."

Pegawai:"wah...banyak ni..tq bro!"

Di atas adalah dialog yang biasa di hadapi oleh kebanyakan pegawai bank samada di bank komersil atau institusi kewangan kerajaan seperti MARA, TEKUN dan PUNB.

Untuk pengetahuan para agen, penyata kewangan haruslah di kemaskini setiap 12 bulan (setahun) dan tarikh tutup penghantaran penyata kewangan adalah dalam tempoh 6 bulan selepas berakhirnya tempoh perakaunan.

Sebagai contoh Syarikat B Sdn Bhd mendaftarkan perniagaan pada 1 Januari 2010,maka tarikh berakhir perakaunan syarikat tersebut adalah 31 Disember 2010. Lembaga Pengarah di berikan masa sehingga 30 Jun 2011 untuk menghantar penyata kewangan termasuk hal ehwal kesetiausahaan syarikat (kebiasaannya setiausaha syarikat akan uruskan). Jika tidak tindakan seperti saman dan penalti akan di kenakan atas kelewatan.

Berbeza pula dengan enterprise, para agen harus ambil perhatian tempoh berakhir tahun kewangan bagi entiti ini adalah Disember setiap tahun.

Sebagai contoh, Syarikat B enterprise mendaftarkan perniagaan nya pada 1 Jun 2010. Oleh itu, tarikh berakhirnya tempoh perakaunan adalah 31 Disember 2010. Ini bermakna, tidak kira pada bulan ke berapa entiti enterprise atau sole proprietor atau milikan tunggal di daftarkan, tempoh perakaunan nya tetap Disember hujung tahun tersebut.

Tetapi harus di ambil perhatian, entiti enterprise TIDAK perlu di audit penyata kewangannya melainkan atas permintaan pemilik entiti perniagaan terbabit. Cuma yang berkaitan adalah hal ehwal mengemaskini penyata kewangan dan urusan percukaian pemilik entiti perniagaan sahaja.

Secara kesimpulannya, setiap pemilik entiti perniagaan yang di daftarkan di bawah nama "Sdn Bhd" mestilah di kemaskinikan penyata kewangan, di audit, di urus hal ehwal percukaian dan terbabit dengan hal ehwal kesetiausahaan syarikat (company secretary) manakala bagi pemilik entiti perniagaan yang didaftar di bawah enterprise hanya melibatkan hal ehwal perakaunan dan percukaian.

Untuk mengenalpasti samada pemilik entiti perniagaan atau prospek agen itu adalah enterprise atau sdn bhd, hanya dengan melihat perkataan di selepas nama pemilik entiti perniagaan tersebut. Contohnya ABC enterprise atau ABC sdn bhd. Ini kerana setiap pemilik entiti perniagaan yang di daftarkan di bawah sdn bhd mestilah meletakkan perkataan sdn bhd selepas nama pemilik entiti perniagaan.

Bagi enterprise pula ada juga nama pemilik entiti perniagaan yang berakhir dengan Resources, Solution seperti ABC Resources atau sebagainya. Pendek kata, sekiranya prospek agen tersebut tiada perkataan sdn bhd, maka syarikat itu adalah enterprise.
                                       
DILEMA KEDUA
Adakala nya pemilik entiti perniagaan hanya akan mencari pengamal perakaunan (akauntan) sekiranya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mengeluarkan surat untuk menunjukkan bukti pendapatan kepada individu atau pemilik entiti perniagaan.

Untuk pengetahuan para agen, kesemua bank di Malaysia berpusat di Bank Negara (BNM). Segala data dan maklumat semasa individu boleh di dapati di Bank Negara dan tersimpan sebagai pusat rujukan semua pihak antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri. Oleh itu, sekirannya terdapat sebarang pengemaskinian data dari seseorang individu samada individu itu ada membeli sesuatu aset atau memohon sebarang kemudahan perbankan, data semasa akan di rangkaikan terus ke Bank Negara Malaysia.

Sebagai contoh, Puan Aminah menyatakan Gaji di dalam Borang Cukai nya sebanyak RM500 sebulan. Tetapi selang 3 bulan selepas itu, dia telah menukar kenderaan lama nya dengan membeli secara sewa beli (hire purchase) dengan Bank CIMB. Bayaran bulanan kenderaan baru tersebut adalah RM1200.00 sebulan.

Secara asasnya, LHDN akan mendapat data semasa individu atau pemilik entiti perniagaan secara terus dari BNM. Jadi di sini akan menimbulkan keraguan dari pihak LHDN mengenai pendapatan lebihan yang membolehkan Puan Aminah membayar bayaran bulanan kenderaan tersebut. Sehubungan itu, pihak LHDN akan mengeluarkan surat tunjuk sebab di mana Puan Aminah mendapat pendapatan lebihan.

Untuk pemahaman para agen baru dan lama, senario di atas adalah situasi rutin yang dihadapi oleh pemilik entiti perniagaan.

DILEMA KETIGA

Satu lagi dilema yang dihadapi oleh individu adalah melengkapkan borang EA. Dilema ini kebiasaannya di hadapi oleh individu yang bekerja dengan majikan. Maklumat lanjut sila blog kami di sini atau untuk pemahaman lebih bolehlah lawati laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di http://www.hasil.gov.my/lhdnv3/  di bahagian laman individu.

Namun begitu, sila berhubung dengan kami sekiranya agen memiliki prospek seperti dilema ketiga di atas.
APA YANG PERLU DI BUAT OLEH AGEN AKAUNTAN?

Sekiranya agen sudah memahami rencana yang kami sediakan di atas, sekarang di ruangan ini akan kami utarakan apa yang perlu di buat oleh agen akauntan kami.

Di ruangan ini agen harus memahami bahawasanya setiap pemilik entiti perniagaan atau prospek anda mempunyai tahap pengetahuan yang zero tentang produk perkhidmatan yang akan agen tawarkan kepada prospek.

Tugas anda sebagai agen HANYA menerangkan secara ringkas apa yang kami akan utarakan di bawah ini.

Ambil perhatian, setiap perkara yang di utarakan di bawah ini harus di fahami dengan teliti semasa anda memasarkan produk perkhidmatan kami.

PERHATIAN PERTAMA

Agen sudah memahami petikan ini dari awal ruangan blog ini. Seperti yang kami utarakan di atas. Sekiranya masih belum faham atau keliru sila lah berhubung dengan kami atau melalui Yahoo Messenger: nasrulhanz
Kami akan membantu agen kami seberapa segera.

PERHATIAN KEDUA

Agen harus bersabar dengan sikap prospek. Ini kerana sikap prospek adakalanya sukar di ramal. Adakala sibuk atau malas hendak melayan. Tetapi para agen jangan kuatir, kerana hampir kesemua pemilik entiti perniagaan TIDAK akan menolak sebarang penerangan agen. Ini kerana perkhidmatan yang di tawarkan kepada pemilik entiti perniagaan adalah profesional dan perkara yang amat di titik beratkan oleh pemilik entiti perniagaan terutamanya sdn bhd.

PERHATIAN KETIGA

Tugas agen adalah terbatas. Sila lanjutkan pembacaan seterusnya di bahagian BIDANG TUGAS AGEN.

BIDANG TUGAS AGEN

Di sini kami terangkan secara penuh ruang lingkup tugas anda sebagai agen. Kami akan utarakan HANYA bidang tugas anda sahaja. Agen tidak perlu risau kerana bidang tugas ini hanya boleh di lakukan kurang dari seminit sahaja.

1-Memperkenalkan secara ringkas H H ISMAIL kepada prospek.
2-Memberikan material tentang produk perkhidmatan H H ISMAIL kepada prospek.

TEKNIK PEMASARAN

Teknik pemasaran yang paling mudah dan kebiasaannya mujarab adalah:

A. Pemasaran mulut ke mulut
Teknik ini adalah yang paling mujarab. Sekiranya agen tidak tahu bagaimana hendak mula, sila baca contoh petikan yang biasa di gunakan oleh semua orang di bawah ini.

        "kalau encik nak cari akauntan yang bagus saya cadangkan berjumpa dengan H H ISMAIL, ini     
         nombor pejabat nya..saya dengar caj perkhidmatan yang di tawarkan rendah dan kerjanya cepat"

B. Pemasaran Internet

Teknik ini adalah teknik yang biasa di guna pakai di dalam internet.

Untuk pengetahuan agen, kebiasaan nya pemilik entiti perniagaan akan mendapatkan perkhidmatan yang murah, profesional dan cepat. Jadi tidak perlu risau kerana pelanggan kami di  H H ISMAIL amat berpuashati dengan perkhidmatan dan layanan yand ditawarkan malahan firma yang di tubuhkan pada tahun 1986 memiliki pekerja yang berpengalaman lebih dari 10 tahun.